Sunday, April 15, 2012

DI BATAS WAKTU..

Allahhu Allah. Dada aku sakit lagi. Malam tadi aku tak boleh tutup mata. Mula pitam habis2an. Mak tanya samaada aku nak ke hospital semula. Aku menidakkan. Mak suruh aku tido sebelah dia, bimbang jadi apa2. Mak urut aku sambil suruh mengucap.

‘Ya Allah, janganlah KAU uji aku lagi’. Cuma tu baris ayat yg keluar dari mulut aku.Dan aku terus mengucap dan mengucap. Aku sempat cakap dengan mak ‘mak,kalau kakcik meninggal malam ni, omak tolong ampunkan segala doso kakcik dari lahir sampai arini.Mudah2an Allah permudahkan jalan kakcik kek akhirat’. Mak memberi respon dengan menyuruh aku terus mengucap sementara mak terus mengurut badan aku.

Aku capai nset. Dalam menahan sakit, aku sempat mencoret sesuatu

‘Salam dik. Dado kakcik sakit sgt2 sekarang.Payah na nak bernafas. Kalau kakcik meninggal, sampaikan ucapan maaaf kakcik kek omak, ayah dan sumo adik beradik kt. Tolong bgitau kek sumo kawan2 kakcik yang kakcik dah takdo.Kakcik mntak mf klu sepanjang berkawan, ado buek kwn2 tersinggung, teraso hati.Mintak halalkan smua yang kakcik ambik atau makan. Ni password sumo laman peribadi kakcik ********. Kalau apo2 jadi, adik bukak dan bagitau sumo kengkawan kakcik yg ado dalam nset ni dan yg ado dalam laman peribadi kakcik pasal kematian kkcik ni. Ni no pin akaun bank kakcik ******. Kalau jadi papo, ambiklah duit dalam tu. Tampung apo yang tak cukup. Adk jago diri bebaik.Tolong tengok2kan keluargo kt. Tengok2an omak dengan ayah.Kakcik sayang adik. Kakcik syg sumo.Maafkan segalo salah silap kakcik .Salam’

Terus bercucuran airmata menahan sebak. Sakit masih aku rasa sampai saat aku tulis ni. Insyaallah, panjang umur, aku dapat post entry ni di blog kejap lagi.

Pada kawan2 yang mengenali saya serta pengunjung blog yg dhaif ini, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon jutaan kemaafan jika ada berbuat salah pada kalian sepanjang proses perkenalan atau sepanjang menulis entry2 di blog ini.Mohon dihalalkan segala2nya dunia dan akhirat.Sekiranya saya ada berhutang pada semua, mohon dituntut pada ahli waris saya jika sy telah tiada. Saya bimbang andai tidak dapat menulis lagi selepas ini. Mohon doa kalian agar saya bisa sembuh seperti sediakala. Ditangan Allahlah kunci segala penyakit dan kesembuhan .

InsyaAllah,jika panjang umur, saya akan kembali lagi kesini. Pohon kemaafan dari semua. Salam sayang dari hati yang rindu. Salam.

2 comments:

Anonymous said...

Semoga ukhti sihat sejahtera hendaknya, diberikan ketabahan oleh Allah dalam mengharungi badai ujian yang menerpa. Berat ujian yang ditanggung itu moga Allah ganti dengan ganjaran yang berlipat ganda. Mengadulah pada Allah, Allah Maha Tahu urusan hamba-hambaNya. Semoga Allah mengampuni ukhti dan memberikan kedudukan yang tinggi di sisiNya. Keredhaan Allah adalah segala-galanya dalam pengkisahan hidup kita di dunia ini.

Yang mengharap keampunan dan keredhaan Allah.
al-Haqir ila awfi Rabbi

AHKIALUZ said...

Kepada anonymous, syukran atas doanya.Moga anda juga diberikan kemudahan dalam mengharungi episod suka duka pengkisahan hidup kita didunia ini.Semoga bahagia menjadi milik anda. Atas doa dan kata sokongan, sekali lagi ucapan terima kasih dititip khas buat anda..Syukran kasir

Yang hina disisi Allah,
-Al Haqirah Ilallah-

Post a Comment