Wednesday, November 10, 2010

MENANTI SINAR..

Anak adalah anugerah Allah yang sangat tidak ternilai diatas muka bumi.Pentingnya anak sehinggakan disebut didalam hadith bahawa antara salah satu dari 3perkara yang boleh membantu kita setelah mati adalah doa dari anak yang soleh. Hebatnya penangan kehadiran seorang anak sehingga bisa menjadi asbab pada kekuatan mahupun keretakan sesebuah rumahtangga.

Satu-satunya permata hati keluarga kami yang dilahirkan pada 8hb 3 2010 yang lalu menjadi pengikat kasih sayang antara abangku yang keempat dengan isteri yang dikasihinya. Kini puteri kecil yang bernama Rabiatul Adawiyah itu sudahpun berusia 8bulan. Sejak seminggu lalu, airmata aku terlalu mudah membasahi pipi. Melirik kepada Adawiyah memberi gambaran perasaan yang sukar dimengertikan. Aku memahami gelodak hati seorang insan bernama kakak yang amat aku kasihi. Walaupun dia hanya seorang kakak ipar, tapi jiwaku dan jiwanya bagaikan sudah sebati. Hampir 5tahun berlalu, dia masih belum dikurniakan cahaya mata. Itu bukan pintanya.

Masih terngiang2 di telingaku akan kata2 melankolik yang dituturkan sewaktu mencium Adawiyah tempohari ‘mungkin Maklong tak dapat tengok adik membesar lepasni’. Dengan tidak disangka, airmatanya terus gugur membasahi pipi. Hari ini, kalimah yang dituturkan itu benar2 menghantarnya kepada sebuah kenyataan. Aku menangis hiba. Tempoh 2hari yang aku lalui dalam seminggu yang lalu telah membuat aku demam dan sakit kepala. Aku menitip pesan supaya dia bersabar dan terus bersabar menghadapi ujian dariNYA. Kerana itu jugalah aku berada di sini. Mudah2an kehadiran aku mampu mengurangkan kesakitan yang di alaminya.

Aku tahu bukan mudah untuk dia mengharungi dugaan ini apatah lagi kala ini dia bersendirian. Dia pernah memberitahu pada aku kalau dia itu sangat senang dapat berbicara dengan aku tentang masalah ini. Katanya walaupun usia aku baru 22 tahun tahun, tetapi kerelevanan aku dalam melontarkan nasihat atau pandangan melangkaui kadar usia . Aku memberi nasihat cuma sekadar yang termampu kerana aku sendiri belum melalui fasa rumahtangga. Cuma mungkin pengalaman bercampur dengan bermacam2 manusia menjadikan aku lebih memahami hidup. Pernah aku katakan pada abang sulungku ‘Kalaupun Along memilih untuk membeli tanah yang baru dan membaja di situ, belum tentu akan membuahkan hasil kerana rezki bukan mengikut pandangan atau pendapat menusia tetapi mengikut ketetapan dari Allah. Jadi jangan terlalu mengikut desakan nafsu. Peringkat doa itu ada 3, yang segera kabulnya, yang ditangguhkan untuk beberapa ketika dan ditangguhkan untuk diberi di akhirat. Semua bergantung pada kesabaran diri masing2’. Walaupun lontaran kata2ku secara berkias, aku yakin Along memahaminya.

Apapun, aku doakan semoga kesulitan ini berakhir dengan segera. Mereka sudah sama2 mencuba, sudah sama2 berikhtiar tetapi belum rezeki. Diharapkan mereka dapat sama2 bersabar sehingga sampai kepada mereka rezeki yang diharapkan. Kepada Along dan Kaklong, walaupun Adawiyah itu hanya seorang anak buah, dia adalah anak kita bersama. Anak angah dan Kakngah,anak Alang, anak Atih dan Kaktih, anak Kakcik, anak Bancik dan anak Adik. Yakinlah bahawa Allah akan memberi yang terbaik pada masa yang terbaik.

Ya Allah, titipkan kesabaran dan hembuskan kekuatan dalam jiwa mereka berdua kerana aku terlalu menyayangi mereka. Ini ujianMu. Maka redhakanlah hati mereka. Semoga esok masih ada untuk mereka berdua. Amin Ya Rabb..

2 comments:

ADIB said...

InsyaAllah,semoga memperoleh zuriat yang soleh dan solehah..Sesungguhnya Allah bersama-sama dengan orang yang sabar..

AHKIALUZ said...

Adib : Terima kasih. Penulis masih berharap dan terus berharap agar masih ada sinar untuk mereka berdua walaupun penulis tahu, laluan hidup antara mereka sudah kelam dan semakin hampir pada kegelapan.Apapun,mohon doanya ye..

Post a Comment